LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.
• Orang besar yang menentang penjajah british di Semantan.
• Berasal dari Bangkinang, Kampar Sumatera
• Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal.
• Diberi gelaran ‘seman tahan’.
• Pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali
SEJARAH PERJUANGAN DATO’ BAHAMAN
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka.
Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat.
Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh.Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.
FAKTOR PENENTANGAN DATO BAHAMAN
- Hilang hak mengutip cukai
Dato Bahaman menentang dengan sekeras-kerasnya tindakan British yang sesuka hati melantik E.A.Wise sebagai pegawai majistret pemungut hasil di daerah Temerloh, Pahang. Dato Bahaman juga dilarang mengutip cukai di daearah kekuasaannya iaitu Temerloh.
- Pembinaan balai polis
Selain itu, pegawai British itu juga mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato Bahaman. Hal ini menyebabkan konflik di antara dua pihak ini menjadi semakin serius dan berlaku banyak perselisihan faham antara mereka. Selain itu, Dato Bahaman juga menganggap tindakan British agak kurang ajar kerana menceroboh kawasan pegangannya tanpa berunding sama sekali dengan beliau. Tindakan tersebut juga menyebabkan kedudukan nya beliau agak terancam.
- Perlucutan jawatan
Pihak British memaksa Sultan Ahmad untu melucutkan gelaran “Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Hugh Clifford iaitu salah seorang wakil British memberikan alasan bahawa Dato Bahaman ialah seorang penderhaka. Akan tetapi, kenyatan yang sebenarnya berkaitan perlucutan itu ialah kerana Dato Bahaman enggan mematuhi arahan British. Tindakan British itu memalukan beliau dan Dato Bahaman bersumpah akan menghalau Bristish dari Pahang.
PERISTIWA PENENTANGAN
16 Disember 1891
- British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran.
-Tindakan British menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua
-Peristiwa ini mencetus peperangan.
26 Disember 1891
-Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
-Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
Januari 1892
-British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang (Gerakan sultan – J.P Rodger)
British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10000 butir peluru
-Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan Berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong.
Mac 1892
-British menyerang Lubuk Terua sekali lagi
-Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.
-Di Terengganu ulama ‘Tok ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British.
14 Jun 1894
-Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
-British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai.
-Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan.
-Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.
KESAN PENENTANGAN
-Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British.
-Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotism oleh pahlawan Pahang.
-Kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894.
-British terpaksa menanggung hutang yang banyak.
-Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut
CATATAN DAN KISAH AKHIRNYA
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementera dua orang pejuang lagi telah meninggal dunia di (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke kampung Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu.
Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kampong Aur Rompin, Tanjung Medang, Kampung Pasir Panjang, Kampung Batu Tering Pekan, Kampung Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak ketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kampung Peramu sehingga kematiaanya.